Thursday, 13 June 2013
Semester Baru Untuk SEMUA!
Bulan baru, semester baru! Bermula pada bulan Jun ini, para pelajar Pra-U SMeKeM akan memulakan semester pertama mereka, khususnya kepada Pra-U bawah iaitu Pra-U sesi 2013/2014. Ini menandakan bahawa peperiksaan semester pertama akan bermula tidak lama lagi! Anda semua sudah bersedia??^_^
Namun begitu, semester pertama ini menandakan semester terakhir bagi para pelajar Pra-U sesi 2012/2013! Peperiksaan terakhir juga akan bermula tidak lama lagi! Jadi, mari sama-sama persiapkan diri!
Friday, 24 May 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan SMeKeM
Sebagai titik permulaan dalam manjalankan khidmat sebagai ahli Kelana Laut, unit Kelana Laut telah turut serta dalam majlis Anugerah Kecemerlangan SMeKeM yang dijalankan pada 18 April yang lalu. Seramai 31 ahli Kelana Laut telah mengikuti Kawad Hormat bagi menyambut kedatangan perasmi majlis pada ketika itu, iaitu YB Datuk Hj Mohd Arifin bin Mohd Arif.
Walaupun cuaca agak terik pada ketika itu, namun ia tidak menghalang ahli Kelana Laut daripada terus berkhidmat kepada sekolah. Terima Kasih!
Kursus Vigil Unit Pengakap Kelana Laut
Pada 15 dan 16 Mac 2013 yang lalu, unit beruniform Kelana Laut SMeKeM telah mengikuti Kursus Vigil. Kursus Vigil merupakan aktiviti yang dilaksanakan khasnya kepada ahli-ahli unit Kelana Laut dan ia dijalankan hampir di seluruh Malaysia.
Ia merupakan aktiviti pertama yang telah dijalankan oleh para Pra-U dan sememangnya, ia merupakan suatu pengalaman yang berharga bagi mereka.
Majlis yang berakhir pada 16 Mac ini diakhiri dengan watikah perasmian keahlian sebagai ahli unit Kelana Laut. Tahniah diucapkan!
Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sabah 2013
Pasukan Petanque Pra-U SMeKeM telah menghantar seramai 6 orang wakil iaitu 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan, dengan diiringi oleh 2 orang guru Petanque SMeKeM.
Kemenangan malangnya tidak berpihak kepada kedua-dua pasukan Petanque SMeKeM. Namun begitu, pasukan perempuan berjaya mara ke suku akhir kejohanan Petanque tersebut.
Segala kejayaan yang diraih adalah hasil usaha para pelajar Pra-U SMeKeM sendiri dengan dorongan dan bimbingan guru-guru. Tahniah diucapkan!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















