Friday 24 May 2013

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sabah 2013


Pada 23 dan 24 Februari 2013 yang lalu, pasukan Petanque Pra-U SMeKeM telah mengikuti Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Sabah anjuran ANGKASA(Sabah) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan UiTM Sabah. Kejohanan Tersebut bertempat di gelanggang Petanque UiTM, Kota Kinabalu. Sabah.


Pasukan Petanque Pra-U SMeKeM telah menghantar seramai 6 orang wakil iaitu 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan, dengan diiringi oleh 2 orang guru Petanque SMeKeM.



Kemenangan malangnya tidak berpihak kepada kedua-dua pasukan Petanque SMeKeM. Namun begitu, pasukan perempuan berjaya mara ke suku akhir kejohanan Petanque tersebut.


Segala kejayaan yang diraih adalah hasil usaha para pelajar Pra-U SMeKeM sendiri dengan dorongan dan bimbingan guru-guru. Tahniah diucapkan!


0 komen/cadangan:

Post a Comment