Pada 27 Mei, seramai 32 orang ahli Kelana Laut, 7 orang guru pengiring dan 7 orang urusetia tiba di lokasi perkhemahan. Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Aktiviti pada hari pertama dimulakan dengan aktiviti Ujian Lencana Keahlian Kelana Laut.
Para peserta, guru-guru serta urusetia-urusetia juga tidak ketinggalan untuk meninjau dan melihat sendiri kawasan Hutan Lipur Paya Gambut tersebut.
Waktu malam pula, aktiviti "Ice-Breaking" telahpun dijalankan, di mana setiap kumpulan berkongsi cerita mereka dan mempersebahkan "yell" ataupun sorakan kumpulan mereka.
Pada hari kedua perkhemahan ini, para peserta telah mengikuti aktiviti pandu arah yang dijalankan di dalam kawasan ladang kelapa sawit Luagan yang terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Paya Gambut tersebut.
Aktiviti malam pula dihiasi dengan aktiiti Malam Kebudayaan. Setiap pasukan telah menyediakan dan mempersembahkan persembahan pilihan mereka iaitu termasuk persembahan nyanyian dan lakonan.
Walaupun persembahan yang telah dipersembahkan adalah simple dan santai, penonton berserta para peserta sendiri bergembira dengan persembahan tersebut malah kebolehan terpendam setiap para peserta melalui aktiviti tersebut begitu menonjol.
Perkhemahan Agung unit Kelana Laut ini berakhir pada 29 Mei 2013 dengan Majlis Penutupan oleh Penolong Kanan Unit Beruniform Pra-U, Cik Syarinah binti Hj Ismail.
Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru Kelana Laut yang telah banyak membimbing para peserta sepanjang perkhemahan ini dijalankan, tidak terlupa kepada para urusetia yang telah banyak membantu para peserta dan guru-guru.
Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli unit Kelana Laut SMeKeM atas kejayaan menjayakan aktiviti Perkhemahan Agung pertama ini!
I feel very happy to be part of the family Pre-U SMeKeM....
ReplyDeleteOME!!!!
don't 4get to up date the blog 4 our coming activity after Hari Raya break, hehe Sukan Pra U and our MPP PRU
ReplyDelete