• ...
  • Jadual Peperiksaan STPM Sesi November dan Disember 2018...
  • Majlis Graduasi PUSTEM

    Majlis Graduasi Pusat Tingkatan SMK Membakut, 12 Oktober 2018...
  • Para Pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Membakut telah mengadakan lawatan ke Universiti Mal...

Tuesday, 30 January 2018

Kursus Asas Pengakap Kelana (Jan.)



Kursus Asas ini telah dihadiri oleh semua pelajar 6 atas Pra-U SMeKeM. Para pelatih yang dijemput merupakan beberapa Ahli Pengakap Daerah Membakut dan Ahli Pengakap Kelana Daerah Membakut. Kursus ini akan terlaksana sepanjang bulan Januari hingga Februari.

Thursday, 23 March 2017

Perkhemahan Pengakap Kelana dan Vigil Pra-U SMeKeM 2017

Perkhemahan Pengakap Kelana dan Vigil merupakan aktiviti tahunan bagi Unit Beruniform Pengakap Kelana Pra-U SMeKeM. Kali ini, Unit Pengakap Kelana Pra-U SMeKeM telah menjalankan perkhemahan tersebut di Hutan Paya Gambut Luagan, Beaufort.






Wednesday, 12 February 2014

Kursus Vigil Pengakap Kelana Laut SMeKeM 2014

Pada 7 & 8 Februari yang lalu, unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM sekali lagi mengikuti Kursus Vigil bagi ahli Pengakap Kelana Laut yang baru iaitu bagi tahun 2014. Ia merupakan kursus yang telah dilaksanakan khusus kepada unit Pengakap Kelana Laut Daerah Membakut. Kursus Vigil ini dilaksanakan buat kali kedua di SMeKeM sendiri. Peserta-peserta kursus kali ini adalah lebih ramai berbanding tahun yang lalu di mana terdapat beberapa lagi peserta daripada sekolah lain yang turut serta.
Beberapa ahli Pengakap Kelana Laut bagi sesi Pra-U 2012/2013 juga turut serta dalam kursus ini yang bertugas sebagai urusetia.

[Ketibaan para peserta bersama guru pengiring]

[En Sulaiman Taba, selaku ketua unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM, juga merupakan Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Daerah Membakut]

[Sementara menunggu ketibaan para pelatih, para peserta melaksanakan aktiviti suai kenal dan bacaan ikrar Pengakap.]


[Briefing kepada para peserta yang disampaikan oleh para pelatih.]



[Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.]

Kursus Vigil yang berakhir pada 8hb Februari ini telah banyak memberi kesan kepada para peserta kursus. Banyak pengalaman baru telah dirasai oleh para peserta khususnya kepada para pelajar Pra-U SMeKeM iaitu ahli unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM.

Kursus berakhir dengan watikah perasmian keahlian sebagai ahli unit Pengakap Kelana Laut.



Juga tidak dilupakan kepada barisan pelatih dan urusetia yang hadir demi memastikan kursus ini berjalan dengan lancar, Terima Kasih diucapkan.

[Barisan pelatih (atas) dan urusetia (bawah)]


Tahniah diucapkan!

Tuesday, 3 September 2013

Sambutan Kemerdekaan ke-50 Sabah

Pada 3 September yang lalu, pasukan Pengakap Kelana Laut Pra-U telah dijemput untuk menjayakan lagi majlis Sambutan Kemerdekaan ke-50 Sabah yang diadakan di tapak pekarangan Pejabat Daerah Kecil Membakut. Tugasan pasukan Kelana Laut Pra-U sebagai pembuka majlis berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pasukan Kadet Polis dari Sekolah Menengah St. Patrick Membakut.


[Latihan awal sehari sebelum majlis berlangsung]




[Kawad yang mantap dari kedua-dua pasukan]



[Ikhlas senyuman, semangat kemerdekaan]


Tahniah dan Terima Kasih Kepada Pasukan Pengakap Kelana Laut SMeKeM dan Pasukan Kadet Polis SM St. Patrick Membakut Atas Kerjasama dan Usaha Anda.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-50 SABAH, NEGERI DI BAWAH BAYU






Friday, 21 June 2013

Perkhemahan Agung Unit Kelana Laut SMeKeM 2013

Pada 27, 28 dan 29 Mei 2013 yang lalu, unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM telah menjalankan aktiviti perkhemahan agung buat pertama kalinya di Hutan Lipur Paya Gambut, Luagan, Beaufort, Sabah. Perkhemahan yang di jalankan ini bukan sahaja pertama kalinya dijalankan di lokasi tersebut, ia juga merupakan perkhemahan agung unit Kelana Laut yang pertama setelah penubuhannya secara rasmi iaitu 16 Mac pada tahun yang sama.

Pada 27 Mei, seramai 32 orang ahli Kelana Laut, 7 orang guru pengiring dan 7 orang urusetia tiba di lokasi perkhemahan. Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.


Aktiviti pada hari pertama dimulakan dengan aktiviti Ujian Lencana Keahlian Kelana Laut.


Para peserta, guru-guru serta urusetia-urusetia juga tidak ketinggalan untuk meninjau dan melihat sendiri kawasan Hutan Lipur Paya Gambut tersebut.


Waktu malam pula, aktiviti "Ice-Breaking" telahpun dijalankan, di mana setiap kumpulan berkongsi cerita mereka dan mempersebahkan "yell" ataupun sorakan kumpulan mereka.


Pada hari kedua perkhemahan ini, para peserta telah mengikuti aktiviti pandu arah yang dijalankan di dalam kawasan ladang kelapa sawit Luagan yang terletak bersebelahan dengan Hutan Lipur Paya Gambut tersebut.
Aktiviti malam pula dihiasi dengan aktiiti Malam Kebudayaan. Setiap pasukan telah menyediakan dan mempersembahkan persembahan pilihan mereka iaitu termasuk persembahan nyanyian dan lakonan.


Walaupun persembahan yang telah dipersembahkan adalah simple dan santai, penonton berserta para peserta sendiri bergembira dengan persembahan tersebut malah kebolehan terpendam setiap para peserta melalui aktiviti tersebut begitu menonjol.

Perkhemahan Agung unit Kelana Laut ini berakhir pada 29 Mei 2013 dengan Majlis Penutupan oleh Penolong Kanan Unit Beruniform Pra-U, Cik Syarinah binti Hj Ismail.


Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru Kelana Laut yang telah banyak membimbing para peserta sepanjang perkhemahan ini dijalankan, tidak terlupa kepada para urusetia yang telah banyak membantu para peserta dan guru-guru.

Tahniah diucapkan kepada ahli-ahli unit Kelana Laut SMeKeM atas kejayaan menjayakan aktiviti Perkhemahan Agung pertama ini!


Saturday, 15 June 2013

Karnival Menuju 100 Tahun Pengakap

Beberapa ahli pasukan Pengakap Kelana Laut SMeKeM telah mengikuti Karnival Menuju 100 Tahun Pengakap yang bertempat di Beaufort Waterfront pada 15 Jun yang lalu. Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pengakap Malaysia bahagian Sabah ini dianjurkan secara besar-besaran dan diikuti oleh setiap pasukan Pengakap di seluruh Daerah Beaufort. Pelbagai pameran Pengakap telah dipersembahkan kepada tetamu yang hadir bagi memperlihatkan perkembangan Pengakap sepanjang 100 tahun penubuhannya. 


SMK Membakut telah menghantar 2 buah pasukan Pengakap iaitu unit Pengakap (pelajar menengah) dan unit Pengakap Kelana Laut (yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pra-U SMeKeM). Kumpulan Tarian dan kumpulan Pelajar Muzik SMK Membakut juga turut hadir ke karnival tersebut bagi memeriahkan lagi acara dengan persembahan tarian dan iringan muzik Gamelan mereka.


Antara isian menarik karnival tersebut adalah gimik oleh gabungan pasukan-pasukan Pengakap di kawasan Beaufort dengan Pengakap SMeKeM sendiri iaitu acara berbasikal dari Membakut ke Beaufort, dan acara berakit menyeberangi Sungai Padas, Beaufort.

Unit Pengakap Kelana Laut juga turut memberikan bantuan sepanjang karnival tersebut dijalankan.





Tahniah Kepada Pasukan Pengakap dan Terima Kasih Atas Usaha Anda Dalam Menjayakan Karnival 100 Tahun Pengakap Ini!