Friday 24 May 2013

Kursus Vigil Unit Pengakap Kelana Laut


Pada 15 dan 16 Mac 2013 yang lalu, unit beruniform Kelana Laut SMeKeM telah mengikuti Kursus Vigil. Kursus Vigil merupakan aktiviti yang dilaksanakan khasnya kepada ahli-ahli unit Kelana Laut dan ia dijalankan hampir di seluruh Malaysia.


Kursus yang berlangsung selama sehari ini telah dilaksanakan di SMeKeM sendiri. Pelbagai akviiti yang telah disediakan dan ia sememangnya menguji kesabaran, ketahanan serta kesetiaan para Pra-U SMeKeM terhadap unit pasukan beruniform yang diikuti iaitu unit Kelana Laut.


Ia merupakan aktiviti pertama yang telah dijalankan oleh para Pra-U dan sememangnya, ia merupakan suatu pengalaman yang berharga bagi mereka.


Majlis yang berakhir pada 16 Mac ini diakhiri dengan watikah perasmian keahlian sebagai ahli unit Kelana Laut. Tahniah diucapkan!


0 komen/cadangan:

Post a Comment