Wednesday 12 February 2014

Kursus Vigil Pengakap Kelana Laut SMeKeM 2014

Pada 7 & 8 Februari yang lalu, unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM sekali lagi mengikuti Kursus Vigil bagi ahli Pengakap Kelana Laut yang baru iaitu bagi tahun 2014. Ia merupakan kursus yang telah dilaksanakan khusus kepada unit Pengakap Kelana Laut Daerah Membakut. Kursus Vigil ini dilaksanakan buat kali kedua di SMeKeM sendiri. Peserta-peserta kursus kali ini adalah lebih ramai berbanding tahun yang lalu di mana terdapat beberapa lagi peserta daripada sekolah lain yang turut serta.
Beberapa ahli Pengakap Kelana Laut bagi sesi Pra-U 2012/2013 juga turut serta dalam kursus ini yang bertugas sebagai urusetia.

[Ketibaan para peserta bersama guru pengiring]

[En Sulaiman Taba, selaku ketua unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM, juga merupakan Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Daerah Membakut]

[Sementara menunggu ketibaan para pelatih, para peserta melaksanakan aktiviti suai kenal dan bacaan ikrar Pengakap.]


[Briefing kepada para peserta yang disampaikan oleh para pelatih.]



[Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.]

Kursus Vigil yang berakhir pada 8hb Februari ini telah banyak memberi kesan kepada para peserta kursus. Banyak pengalaman baru telah dirasai oleh para peserta khususnya kepada para pelajar Pra-U SMeKeM iaitu ahli unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM.

Kursus berakhir dengan watikah perasmian keahlian sebagai ahli unit Pengakap Kelana Laut.



Juga tidak dilupakan kepada barisan pelatih dan urusetia yang hadir demi memastikan kursus ini berjalan dengan lancar, Terima Kasih diucapkan.

[Barisan pelatih (atas) dan urusetia (bawah)]


Tahniah diucapkan!

0 komen/cadangan:

Post a Comment