Saturday 15 June 2013

Karnival Menuju 100 Tahun Pengakap

Beberapa ahli pasukan Pengakap Kelana Laut SMeKeM telah mengikuti Karnival Menuju 100 Tahun Pengakap yang bertempat di Beaufort Waterfront pada 15 Jun yang lalu. Aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Pengakap Malaysia bahagian Sabah ini dianjurkan secara besar-besaran dan diikuti oleh setiap pasukan Pengakap di seluruh Daerah Beaufort. Pelbagai pameran Pengakap telah dipersembahkan kepada tetamu yang hadir bagi memperlihatkan perkembangan Pengakap sepanjang 100 tahun penubuhannya. 


SMK Membakut telah menghantar 2 buah pasukan Pengakap iaitu unit Pengakap (pelajar menengah) dan unit Pengakap Kelana Laut (yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pra-U SMeKeM). Kumpulan Tarian dan kumpulan Pelajar Muzik SMK Membakut juga turut hadir ke karnival tersebut bagi memeriahkan lagi acara dengan persembahan tarian dan iringan muzik Gamelan mereka.


Antara isian menarik karnival tersebut adalah gimik oleh gabungan pasukan-pasukan Pengakap di kawasan Beaufort dengan Pengakap SMeKeM sendiri iaitu acara berbasikal dari Membakut ke Beaufort, dan acara berakit menyeberangi Sungai Padas, Beaufort.

Unit Pengakap Kelana Laut juga turut memberikan bantuan sepanjang karnival tersebut dijalankan.





Tahniah Kepada Pasukan Pengakap dan Terima Kasih Atas Usaha Anda Dalam Menjayakan Karnival 100 Tahun Pengakap Ini!







0 komen/cadangan:

Post a Comment