Thursday 27 June 2013

Sukan Tahunan Sekolah SMeKeM 2013

SMK Membakut telah mengadakan sukan tahunan sekolah pada 25 hingga 27 Jun 2013. Sukan yang berlangsung selama 3 hari ini adalah merangkumi acara padang dan juga balapan. Para pelajar Pra-U SMeKeM telah secara langsung mengambil bahagian dalam pengurusan aktiviti tersebut bagi membantu guru-guru dan guru-guru rumah sukan yang terlibat.

[Sekitar booth guru-guru bertugas]

[Para pelajar Pra-U juga tidak ketinggalan untuk menjalankan aktiviti jualan runcit sebagai aktiviti sampingan unit Pra-U.]

[Semangat kesukanan pelajar Pra-U - membantu rumah sukan masing-masing dari segi alatan pasukan seperti bendera dsb]

Acara penutupan yang berlangsung pada 27 Jun tersebut adalah dihadiri dengan ibu bapa para pelajar. Para pelajar Pra-U turut mengambil bahagian dalam pengurusan pendaftaran kehadiran ibu bapa.



[Sekitar meja pendaftaran ibu bapa]

Acara penutupan di mulakan dengan upacara menaikkan bendera dan lagu "Negaraku" dan "Sabah Tanah Airku" oleh wakil pasukan Unit Pengakap Kelana Laut.


Di ikuti dengan perarakan pasukan kawad dari setiap rumah sukan. 





[Rumah Helang (Hijau), Rumah Cenderawasih (Merah), Rumah Kasuari (Biru), Rumah Rajawali (Kuning)]

Terima Kasih atas kerjasama guru-guru SMeKeM, dan tidak terlupa para pelajar Pra-U!











0 komen/cadangan:

Post a Comment