• ...
  • Jadual Peperiksaan STPM Sesi November dan Disember 2018...
  • Majlis Graduasi PUSTEM

    Majlis Graduasi Pusat Tingkatan SMK Membakut, 12 Oktober 2018...
  • Para Pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Membakut telah mengadakan lawatan ke Universiti Mal...

Thursday, 23 March 2017

Majlis Penyampaian Sijil Keputusan STPM sesi 2015/16

Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM 2016 lepas.

 Pra-U SMeKeM berasa berbangga dengan adik Sheron Ivana Peter yang merupakan pelajar terbaik STPM 2016 Pra-U SMeKeM dan terbaik keseluruhan di negeri Sabah dengan CGPA4.00.

 Adik Sheron Ivana Peter (kiri) menerima sumbangan daripada pihak Pra-U SMeKeM atas keputusan CGPA 4.00 beliau dalam STPM 2016. Adik Sharine Peter (kanan) antara yang turut diberikan sumbangan ikhlas kecemerlangan atas keputusan CGPA4.00 beliau bagi STPM Penggal 1 sesi 2016/17.

Adik Sheron telah mengikuti Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM tahun 2016 peringkat negeri Sabah pada 28 Febuari yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah iaitu YBhg. Datuk Hajah Maimunah Binti Haji Suhaibul.
_________________________________________________________________________________



Diharap pelajar Pra-U SMeKeM sesi 2017 dapat menjadikan pencapaian ini sebagai pendorong mereka untuk menjadi yang terbaik dalam peperiksaan STPM yang akan datang demi masa hadapan mereka!

Lawatan Muhibbah dan Penanda Aras Tingkatan 6 Pra-U SMeKeM

Pada 16 dan 17 Mac yang lalu, Pra-U SMeKeM telah mengadakan lawatan Muhibbah dan Penanda Aras Tingkatan 6 di SMK Tinggi, Kajang dan SMK Syahbandaraya, Klang, Selangor.

Seramai 5 orang guru bersama 3 orang pelajar Pra-U SMeKeM telah turut serta dalam program tersebut.

Guru-guru dan pelajar sempat bergambar di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, sebelum berangkat ke Selangor


 Hari pertama (16 Mac), Pra-U SMeKeM melawat SMK Tinggi, Kajang



Hari kedua (17 Mac), Pra-U SMeKeM melawat SMK Syahbandaraya, Klang

Thursday, 19 January 2017

Tuesday, 17 January 2017