• ...
  • Jadual Peperiksaan STPM Sesi November dan Disember 2018...
  • Majlis Graduasi PUSTEM

    Majlis Graduasi Pusat Tingkatan SMK Membakut, 12 Oktober 2018...
  • Para Pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Membakut telah mengadakan lawatan ke Universiti Mal...

Wednesday, 12 February 2014

Kursus Vigil Pengakap Kelana Laut SMeKeM 2014

Pada 7 & 8 Februari yang lalu, unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM sekali lagi mengikuti Kursus Vigil bagi ahli Pengakap Kelana Laut yang baru iaitu bagi tahun 2014. Ia merupakan kursus yang telah dilaksanakan khusus kepada unit Pengakap Kelana Laut Daerah Membakut. Kursus Vigil ini dilaksanakan buat kali kedua di SMeKeM sendiri. Peserta-peserta kursus kali ini adalah lebih ramai berbanding tahun yang lalu di mana terdapat beberapa lagi peserta daripada sekolah lain yang turut serta.
Beberapa ahli Pengakap Kelana Laut bagi sesi Pra-U 2012/2013 juga turut serta dalam kursus ini yang bertugas sebagai urusetia.

[Ketibaan para peserta bersama guru pengiring]

[En Sulaiman Taba, selaku ketua unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM, juga merupakan Pesuruhjaya Persatuan Pengakap Daerah Membakut]

[Sementara menunggu ketibaan para pelatih, para peserta melaksanakan aktiviti suai kenal dan bacaan ikrar Pengakap.]


[Briefing kepada para peserta yang disampaikan oleh para pelatih.]



[Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.]

Kursus Vigil yang berakhir pada 8hb Februari ini telah banyak memberi kesan kepada para peserta kursus. Banyak pengalaman baru telah dirasai oleh para peserta khususnya kepada para pelajar Pra-U SMeKeM iaitu ahli unit Pengakap Kelana Laut SMeKeM.

Kursus berakhir dengan watikah perasmian keahlian sebagai ahli unit Pengakap Kelana Laut.



Juga tidak dilupakan kepada barisan pelatih dan urusetia yang hadir demi memastikan kursus ini berjalan dengan lancar, Terima Kasih diucapkan.

[Barisan pelatih (atas) dan urusetia (bawah)]


Tahniah diucapkan!

Tuesday, 11 February 2014

Wednesday, 29 January 2014

Admin Baru?

Blog Pra-U SMeKeM sedang mencari admin baru. Kepada sesiapa (khusus kepada Pra-U SMeKeM sesi 2013/2014 sahaja) yang berminat, sila terus emel kami di prausmekem@gmail.com. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekian, Terima Kasih.

Friday, 10 January 2014

Tahun Baru, Semester Baru

Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh warga Pra-U SMeKeM!
Selamat Datang ke Semester Akhir bagi para pelajar Pra-U sesi 2013/2014!
Semoga pada tahun baru ini, para pelajar Pra-U SMeKeM dapat lahir dengan azam dan semangat yang baru bagi menempuh STPM dan MUET pada tahun ini.