Thursday 23 March 2017

Kursus Frog VLE untuk Guru Tingkatan 6 Pra-U SMeKeM

Pengenalan kepada Frog VLE

1BestariNet merupakan projek yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications. Dibawah projek tersebut, sebanyak 10,000 sekolah rendah dan menengan kebangsaan dibekalkan dengan kemudahan internet Yes 4G dan platform pembelajaran secara maya.
Platform pembelajaran secara maya dibawah Internet-based Virtual Learning Environment (Frog VLE) telah diperkenalkan bagi menaiktaraf lagi pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan pendidikan alaf 21. Program Frog VLE menggabungkan intranet, bilik darjah alam maya, dan ruangan sosial bagi sekolah di satu tempat yang sama. Frog VLE boled diakses di sekolah mahupun luar sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila layari The Integrated Solution.

Dengan pengenalan program baru ini, guru-guru Pra-U SMeKeM telah mengukuti Kursus Pengenalan VLE Frog. Kursus tersebut telah dilaksanakan pada 20 dan 24 Januari lepas dan dikendalikan oleh guru SMeKeM sendiri iaitu Encik Suhaimi Ghani.



Pembelajaran hands-on para guru (kiri), kursus dikendalikan oleh En. Suhaimi (kanan)

0 komen/cadangan:

Post a Comment