• ...
  • Jadual Peperiksaan STPM Sesi November dan Disember 2018...
  • Majlis Graduasi PUSTEM

    Majlis Graduasi Pusat Tingkatan SMK Membakut, 12 Oktober 2018...
  • Para Pelajar Pusat Tingkatan 6 SMK Membakut telah mengadakan lawatan ke Universiti Mal...

Sunday 30 March 2014

STPM Pra-U SMeKeM Cipta Nama Tahun 2013

Keputusan STPM bagi sistem pentaksiran baharu bagi tahun 2013 merupakan kejutan terbesar bagi para pelajar Pra-U SMeKeM dan SMeKeM sendiri. Pada 19 Mac 2014 yang lalu, seramai 46 calon STPM Pra-U SMeKeM hadir ke Dewan SMeKeM untuk menerima keputusan STPM. Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2013 yang dilaksanakan di Dewan Paduka Mat Saman SMeKeM telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah iaitu Datuk Jame Alip.

Kejutan terbesar diterima oleh SMeKeM apabila SMeKeM menerima Anugerah Sekolah Terbaik bagi pencapaian peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 peringkat negeri Sabah, daripada 35 buah sekolah yang mencapai 100 peratus lulus di Sabah.

Pujian diberikan kepada calon-calon STPM 2013 SMeKeM, guru-guru, dan SMeKeM sendiri kerana merupakan antara sekolah luar bandar, daripada 17 buah sekolah luar bandar, yang berjaya menduduki tempat dalam senarai sekolah-sekolah terbaik STPM tahun lalu. Bukan itu sahaja, seramai 23 daripada 46 orang calon STPM SMeKeM telah berjaya meraih keputusan lulus penuh 5 mata pelajaran (5P) yang diambil.

Sekitar Majlis Pengumuman Keputusan STPM

Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

Hellen Annes Martin, pelajar terbaik STPM 2013 SMeKeM dengan pencapaian 5P (4A, 1A-)

Penyampaian Anugerah STPM Terbaik kepada Puan Zaridah Hj Mohd Junaidi oleh Datuk Haji Mohd Arifin B. Haji Mohd Arif dan Datuk Jame Alip

Antara calon STPM 2013 SMeKeM

Beberapa orang tenaga pengajar Pra-U SMeKeM bersama-sama Pengetua SMeKeM, Puan Zaridah Mohd Junaidi dan Penolong Kanan SMeKeM, Puan Fatimah Hj Binsin

"STPM SMeKeM Berjaya Mencipta Sejarah Tersendiri"


Petikan akhbar yang memperlihatkan pencapaian SMeKeM
[New Sabah Times (bawah)]

Beberapa akhbar dalam talian yang membuat liputan

"TAHNIAH DIUCAPKAN"





Saturday 15 March 2014